Asyraf Khalid Jadi ‘Matchmaker’ Nabila Razali & Nik Iruwan
Usahawan Aysraf Khalid mendedahkan dia adalah matchmaker (pencari jodoh) penyanyi Nabila Razali dan Nik Iruwan hingga pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.
Menerusi perkongsian di Instagram, Asyraf berkata perkenalan pasangan itu bermula ketika dia menjemput Nabila dan Nik ke majlis sambutan hari jadi yang diadakan.
BACA: Nabila Razali Sah Bergelar Isteri Nik Iruwan
“Nik datang pada masa yang tepat dan kelihatan sangat segak namun dalam jam 9.30 malam, Bella masih tidak munculkan diri.
“Jadi, saya menghantar gambar kami kepada Bella memberitahu kami sedang menantinya. Bella merasa sangat malu, tetapi sepupu saya rapat dengan Bella dan meyakinkan bella untuk hadir ke majlis tersebut,” katanya.
Menurut Asyraf sebelum menyatukan mereka, dia sudah terlebih dahulu bertanyakan mengenai status Nabila dan Nik ketika bertemu di majlis rumah terbuka.
Asyraf berkata kedua-duanya mengatakan mereka masih single dan tidak mempunyai teman istimewa.
“saya bertanya kepada Nik, ‘Nik, siapa teman wanita awak sekarang?’ Dia berkata, ‘Saya bujang, saya mahu berkahwin, tetapi saya mahu mencari wanita yang betul-betul sesuai.
“Dua hari selepas itu, secara kebetulan, saya bertemu Bella di rumah terbuka lain, dan saya bertanya soalan yang sama.
“Dia berkata dia masih bujang dan dia terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Secara tiba-tiba, Nik muncul dalam fikiran saya, dan saya terus memberitahu Bella tentang Nik,” katanya.
Dalam pada itu, Asyraf berkata dia tumpang gembira apabila Nabila dan Nik sah bergelar suami isteri selepas menjalin cinta selama enam bulan.
“Tidak sampai enam bulan selepas itu, hari ini (Sabtu), mereka sah bergelar suami isteri. Mashaallah,” katanya.
Sabtu lalu, Nabila sah bergelar isteri ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani dalam satu majli tertutup diadakan di Bukit Tinggi. Nabila menerima mas kahwin RM22.50, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source