3,000 trak barang bebas rentas 6 negara ASEAN mulai 1 Januari depan
PUTRAJAYA – Sejumlah 3,000 buah trak barang bebas bergerak transit merentasi enam negara anggota ASEAN bermulai 1 Januari depan dengan syarat dan terma ditetapkan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia hasil pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Pemudah Cara Transit Barangan (AFAFGIT) yang dimeterai akhir 1998.
Katanya, AFAFGIT sebenarnya bertujuan memudahkan urusan pengangkutan dalam usaha menyokong Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
“Mulai awal tahun depan, setiap negara anggota yang terlibat layak mengeluarkan 500 permit merentas sempadan.
“Bagi pelaksanaan itu, kerajaan mewartakan dua perundangan subsidiari pada semalam untuk pergerakan kenderaan barang berpendaftaran asing merentas sempadan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2023 di sini hari ini.
Buat permulaan, hanya enam negara termasuk Malaysia terlibat setelah menerima pakai Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS) bagi pengikraran serta kawal selia pergerakan.
Sementara baki selebihnya iaitu Indonesia, Myanmar, Filipina dan Brunei akan menyusul kemudian yang menyaksikan tambahan 2,000 lagi permit untuk empat buah negara itu.
Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) ujar beliau, dilantik sebagai pihak kompeten yang akan mengeluarkan permit khas dikenali ASEAN Goods Vehicle Cross-Border (AGVCB) manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal mengoperasikan penuh ACTS.
Mekanisme baharu itu kata Anthony Loke, membolehkan pemandu trak bergerak dari negara asal melalui negara transit sebelum ke negara destinasi akhir tanpa perlu pengikraran semula.
Mereka juga tambah beliau, hanya menggunakan sebuah kenderaan sahaja dan tidak akan diminta untuk menukar trak tersebut di sepanjang negara anggota ASEAN yang dilalui. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source