Jongkong emas bagi manfaat pelaburan- Aman Palestin
BANGI – Aman Palestin Bhd. (Aman Palestin) menjelaskan bahawa empat jongkong emas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini adalah bagi manfaat pelaburan.
Peguam Aman Palestin, Rafique Rashid berkata, dakwaan kononnya jongkong emas itu digunakan untuk menyeleweng dana sumbangan awam adalah tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, jongkong emas itu adalah suatu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa yang diberikan ahli lembaga pengarah Aman Palestin.
“Dakwaan itu berniat jahat dan tidak benar sama sekali. Ada 16 kuasa diberikan kepada ahli lembaga pengarah Aman Palestin dan kuasa untuk melabur itu ada dalam pelbagai mekanisme.
“Ia tidak salah dan lagi pun emas itu bernilai dan berharga serta mudah untuk ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan. Dakwaan itu meleset, tidak betul dan tidak berintegriti selain berniat jahat,” katanya pada sidang akhbar, di sini malam ini.
Katanya, Aman Palestin sentiasa melakukan pengauditan setiap tahun dan kali terakhir dilakukan pada tahun 2021, malah katanya, dokumen audit itu boleh dilihat menerusi laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sebelum ini, SPRM mengesahkan berjaya merampas empat jongkong emas dalam siri serbuan di pejabat Aman Palestin pada 24 November lalu dan menurut sumber, jongkong emas yang bergred 999.9 yang dirampas itu mempunyai berat satu kilogram setiap satu. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source