Mawi Minta Maaf Dengan Isteri Setiap Malam Walau Tak Buat Salah
Penyanyi dan penyampai radio, Mawi berkongsikan sudah menjadi rutin dan kebiasaan untuk meminta maaf dengan isterinya, Ekin setiap malam sebelum tidur biarpun tidak melakukan kesalahan.
Memetik Utusan Online, Mawi berkata baginya itu aalah cara untuk menghargi isterinya yang setiasa bersamanya walaupun pernah berdepan sakit misteri beberapa tahun lalu.
BACA: Mawi Doakan Ina Naim Terus Tabah, Kuat
Menurut Mawi, mengimbau kembali pada tahun 2013, dia hampir gila, muntah darah dan ingatannya terganggu. Disebabkan itu juga dia menyepi daripada industri seni selama lima tahun.
“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.
“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.
“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Mawi berkata melihat kesetiaan Ekin menguatkan lagi cintanya terhadap isterinya itu serta lebih menghargainya.
“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.
“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.
“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,”
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source