Suami Belum Jumpa Kelemahan Nabila Razali
Suami kepada penyanyi Nabila Razali iaitu Nik Iruwan menyifatkan kehadiran isterinya itu adalah detik terindah yang paling membahagiakan dalam hidupnya selepas lapan hari mendirikan rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Nik berkata biarpun baru berkenalan tahun ini namun pada pandangannya Nabila merupakan isteri cukup sempurna dan hebat.
BACA: Nik Iruwan Cinta Pertama Nabila Razali
“Dia sempurna di mata saya. Malah, dia juga wanita yang baik dan fantastik. Saya cuba mencari di mana kelemahannya tapi belum jumpa lagi.
“Saya akui keputusan untuk bernikah dengannya adalah satu perkara yang besar dalam hidup saya, termasuk untuk Nabila sendiri. Saya tidak berbelah bahagi untuk berkahwin dengannya.
“Bagi saya, Nabila juga wanita yang sangat teratur dan bersemangat dalam apa saja yang dia ingin lakukan. Sepanjang tinggal bersamanya dalam tempoh seminggu ini, kehadirannya adalah detik yang paling membahagiakan dalam hidup saya,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata suaminya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri sepanjang mereka berkenalan. Malah, Nabila berharap rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat serta memohon orang ramai mendoakan perkahwinan mereka.
“Pada pandangan saya, masa itu tidak penting tapi momen yang kami luangkan bersama ketika dalam tempoh terbabit cukup bermakna. Sepanjang kami berkenalan tidaklah berlangsung dengan sempurna, sudah tentu kami ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, tapi perkara itulah yang melengkapi perhubungan kami berdua.
“Sepanjang perkenalan pun, suami saya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri saya. Selebihnya hanya Tuhan dan saya saja yang tahu. Saya harap perkahwinan ini kekal hingga ke jannah serta memohon doa daripada semua orang untuk perhubungan yang baru dibina ini,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source