Scammer minyak wangi RM1 berdepan saman, Fazura tak halalkan
PETALING JAYA – Pelakon Fazura nekad mengambil tindakan undang-undang susulan gambar dan identitinya digunakan pihak tidak bertanggungjawab sebagai bahan promosi sejenis produk wangian.
Perkara tersebut didedahakn pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin menerusi Instagram dengan memetik nama peguamnya.
“Kepada semua yang nampak produk wangian dijual dengan harga RM1 menggunakan nama dan gambar saya, tolong jangan beli.
“Ramai DM (mesej langsung) semua kena tipu. Kepada penipu saya mahu tegaskan dan buat pengumuman bahawa tidak halal duit yang awak dapat dan makan di dunia dan akhirat kerana menggunakan nama serta gambar saya secara haram.
“Saya sudah bagi amaran sebelum ini dan nampaknya awak mencabar saya. Tunggu tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam masa sama, peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan turut memberikan amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab bakal meneruskan tindakan mahkamah.
“Siap sedia ‘scammer’ (penipu) berkaitan. Kami akan ambil tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Dalam video TikTok yang menggunakan nama dan gambar isteri kepada aktor Fattah Amin tersebut, scammer terbabit mempromosikan produk wangian dengan harga runtuh.
Penipu mengakui ada bekerjasama dengan pelakon filem Gol & Gincu itu bagi meyakinkan peminat membeli produk jualannya. -KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source