Liverpool pamer watak juara, bangkit benam Fulham 4-3

LONDON: Liverpool mempamerkan watak sebagai juara apabila bangkit untuk menumpaskan Fulham 4-3 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, The Reds terlebih dahulu membuka akaun jaringan hasil gol sendiri penjaga gol Fulham, Bernd Leno pada minit ke-20.
Bagaimanapun, Fulham berjaya menyamakan kedudukan berselang empat minit kemudian menerusi Harry Wilson yang menerima hantaran menarik daripada Robinson.
Pada minit ke-38, anak-anak buah Jurgen Klopp berjaya mendapatkan gol kedua menerusi pemain tengah, Mac Allister yang bijak menyudahkan peluang terhidang.

Fulham sekali lagi mengikat Liverpool menerusi pemain pertahanan mereka, Tete yang menjaringkan gol pada masa tambahan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, De-Cordova Reid meletakkan Fulham dihadapan pada minit ke-80, sekali gus memberi bayangan awal mereka akan membawa pulang tiga mata penuh.

Tersentak dengan jaringan itu, Liverpool melancarkan serangan balas dan akhirnya Wataru Endo yang menerima hantaran Mohamed Salah berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-87.
Seminit kemudian, Trent Alexander Arnold muncul wira Liverpool menerusi jaringan keempat yang juga merupakan gol kemenangan Liverpool.-AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source