Iltizam Ramanan wujudkan ekosistem holistik usahawan negara
PUTRAJAYA: Datuk R. Ramanan yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi beriltizam untuk meneruskan idea kementerian bagi mewujudkan ekosistem holistik bagi usahawan dalam negara.
Antara aspirasi yang digariskan termasuk meningkatkan penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri berimpak tinggi bagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global.
“Ini termasuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan usahawan agar lebih kalis cabaran dan berdaya maju,” katanya ketika ditemui selepas mengimbas kad perakam waktu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di sini hari ini sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu hari ini.
Beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Suriani Ahmad dan ketua-ketua Jabatan termasuk pegawai tertinggi kementerian.
Katanya, beliau akan berbincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi mencari kaedah untuk menghasilkan komuniti usahawan yang lebih ramai termasuk kaum India.
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dilantik sebagai Pengerusi Mitra pada bulan April lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ramanan memegang portfolio baharu itu mengambil tempat K. Saraswathy yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Perpaduan.
Sementara itu, Ramanan berkata, beliau diberi taklimat mengenai pencapaian serta agenda KUSKOP untuk tahun ini, di samping beberapa aspirasi yang digariskan bagi 2024.
“Saya cukup teruja dan kagum dengan kejayaan KUSKOP melalui pelbagai inisiatif dan ingin mengucapkan syabas kepada semua jentera Kementerian yang bekerja bertungkus lumus untuk menjayakan misi dan visi kementerian.
“Saya akan bekerja bersama sebagai satu pasukan untuk memastikan kementerian ini terus melakar kejayaan seterusnya menjamin harapan Perdana Menteri”, katanya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source