[VIDEO] Guna alasan depresi biar bilik bersepah, bau busuk
PETALING JAYA – Seorang pelajar mengakui tertekan apabila terpaksa duduk sebilik dengan pelajar pengotor yang enggan mengemas bilik atas alasan menghidap depresi.
Menerusi sebuah hantaran tular di laman TikTok, pelajar tersebut telah memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti sikap pengotor rakan sebiliknya yang terpaksa dihadapi setiap hari.
“Agak-agaklah. Orang lain pun menghidap depresi juga tetapi tidaklah sampai begini, setahun tidak pernah kemas bilik.
“Kalau pengotor tu cakap sahaja pengotor. Daripada aku yang sudah boleh kawal depresi sendiri, jadi makin tertekan duduk dengan orang begini,” katanya dalam ruangan kapsyen.
Tambah pengguna tersebut, disebabkan keadaan bilik yang bersepah dan tidak terurus, dia kerap jatuh sakit dan turut mengalami tekanan perasaan.
“Kepada semua yang cakap sikap pengotor ini disebabkan depresi, tolonglah diam.
“Saya juga menghidap penyakit yang sama. Ada juga kawan-kawan lain yang juga alami depresi namun tidaklah seteruk ini,” katanya.
Menurut pengguna tersebut, rakan sebiliknya juga boleh buat pelbagai aktiviti lain walaupun menghidap depresi.
“Mujurlah saya dapat tukar bilik. Selepas berhubung dengan pegawai, katanya pelajar tersebut tidak patut dapat bilik kerana setiap semester buat masalah sama,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok meluahkan rasa jijik masing-masing setelah melihat keadaan bilik yang dikongsikan oleh pengguna tersebut.
“Syukur, pemalas aku ini tak pernahlah sampai seteruk ini. Bukan susah pun, kemas sekali seminggu sahaja,” kata Nazura.
“Saya pernah juga tinggal dengan orang macam ini. Samalah dia cakap dia pun hidap depresi tapi kita pula yang tertekan tengok bilik bersepah,” kata Sya.
Kini, hantaran tersebut telah mendapat 31,900 tanda suka dan 1,614 komen. – KOSMO! ONLINE
@atierrah01 Katanya depression. Tapi agak2 la. Aku pun depression, tapi tak ada la macam ni. Takkan la the whole year kene bersepah, if kemas pun tak sampai sehari. Pengotor tu pengotor je la. Dari aku yang dah boleh control depression, stress, turn out aku makin stress duduk dengan orang macam ni. Asyik tak sihat, sebab setiap hari aku moody, dengan bau lagi. Semak sia. For those yang backup just sebab depression, please shut up. Ive it, and im surrounded by friends with mental illness. Lagi terok sakit dr this bij. I know orang depress ada phase dia down, and time tu dia bersepah. Tapi bijak mana yang the whole year bersepah? But the other activity boleh je buat, lagi sihat dari aku. Dont use your mental health problem untuk justify pemalas pengotor. #roomatepengotor ♬ Gwenchana ku menahan rasa sakit – Shanoon music
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source