Pekebun kecil, sektor swasta industri kelapa sawit perlu dibantu
PETALING JAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan tampil membantu syarikat-syarikat swasta dan pekebun kecil dalam industri kelapa sawit.
Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia bagi memastikan industri berkenaan terus mampan dan menjana keuntungan kepada negara.
“Mana-mana negara, tidak ada harga komoditi yang boleh ditetapkan dan ia hampir mustahil. Yang penting, kerajaan kena tengok perkara ni dan ada ketika kalau perlu bantu, kita bantu.
“Sebab tu saya nampak semua syarikat yang terlibat dalam industri ni, mereka kena untung.
“Bila mereka untung, industri ini akan sustainable (mampan). Tapi kalau mereka tak untung kerana harga komoditi turun naik, ia adalah normal,” katanya.
Beliau berkata demikian kita hadir menjadi tetamu jemputan di program bual bicara di sebuah stesen televisyen tempatan, malam ini.
Oleh kerana itu katanya, insentif geran dan pinjaman merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memastikan sektor berkenaan terus berkembang.
“Contoh macam kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, kita ada lebih kurang 5.6 juta hektar kelapa sawit.
“Daripada jumlah itu, lebih kurang 27 peratus is ‘small holders’ (pekebun kecil)? Yang lain tu nasib baik kita punya syarikat besar, sederhana, boleh buat. Jadi bila pergi ‘replanting’ (tanam semula) ni, dia tahu kalau pokok dah lama, umur 25 tahun dia akan pinjam bank dan tanam semula.
“Dia ada ‘track record’ keuntungan, dividen, dan aliran tunai tapi bila ada 27 peratus daripada 5. 6 juta hektar ni datang daripada pekebun kecil, mereka tak nak buat dah (tanam semula) dan pinjam bank bila dah masuk umur 70 tahun.
“Kerana tu apa yang insentif diberi untuk mereka sambung tanam semula sebab kalau tak dibantu pekebun kecil ni, banyak kalau 27 peratus daripada 5. 6 juta hektar tak replanting,” ujarnya.
Dalam masa sama beliau berkata, selain insentif, ekosistem dalam industri juga perlu diberi perhatian.
“Bila kita nak bagi (insentif), kena tengok juga ekosistem. Tak boleh kita suruh tanam, lepas tu keluar buah, dia tak tahu apa nak buat.
“Sebab dia tak mungkin ada kilang. Ini yang kita nak kena mudahkan dan kena bekerjasama dengan sektor swasta macam mana boleh kita ‘angkat’ mereka ni.
“Begitu juga dengan syarikat gergasi ni mereka juga mungkin ada isu yang menyebabkan mereka tak boleh eksport produk mereka dan ini yang kita kena bantu mudahkan,” tambahnya.
Jelas beliau, kementerian berperanan memberi kefahaman kepada pihak berkenaan tentang kepentingan beberapa perkara utama.
“Kena faham macam mana certification dia, ni yang kita kena educate (didik) sebab mereka kena faham untuk pasarkan produk pergi ke luar negara, mereka ada standard yang berbeza.
“Ini yang kita nak kena uruskan supaya mereka faham bagaimana pentingnya beberapa certification ini dan perkara lain untuk menunjukkan kita adalah pengeksport produk-produk komoditi yang tanggungjawab,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source