Anwar umum lima projek baharu di Kelantan
PASIR MAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima projek baharu bernilai RM910.5 juta bagi mengatasi masalah banjir yang melanda negeri ini saban tahun.
Beliau berkata, keutamaan itu diberikan berikutan rakyat Kelantan terpaksa menanggung kesan yang besar akibat bencana alam itu berbanding negeri lain.
Ujarnya, kesemua lima projek baharu ini akan bermula pada awal tahun hadapan.
“Pada masa sama, kerajaan konsisten untuk meneruskan 18 projek yang sedang dalam pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bermula sekarang sehingga tahun hadapan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion.
“Untuk makluman, sebahagian daripada projek itu akan disiapkan lebih awal dan terdapat dua lagi projek baharu yang dilaksanakan mulai bulan depan iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 3 dan PLSB Sungai Kelantan Fasa 2,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan itu memberitahu, unjuran projek-projek dilaksanakan perlu juga melihat kepada keupayaan kerajaan kerana ia melibatkan perbelanjaan besar termasuk kelulusan RM800 juta untuk PLSB Rantau Panjang Fasa 2.
Bagaimanapun, katanya, projek tebatan banjir tetap diberikan keutamaan kerana ia melibatkan keperluan yang menekan dan perlu disegerakan.
“Kadang-kadang pelaksanaan projek-projek ini perlu dibuat mengikut fasa tetapi mengikut pendekatan kerajaan pada hari ini hal-hal melibatkan kemiskinan tegar, tandas sekolah, perumahan tentera, polis serta pegawai kerajaan dan tebatan banjir kita beri keutamaan.
“Kalau ini menyebabkan kita terpaksa menangguhkan projek-projek lain, maka kita tangguh kerana isu ini (tebatan banjir) merupakan isu yang menekan hidup rakyat,” ujarnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source