JDT jadi ‘underdog’ musim depan, lebih ramai akan keluar – TMJ
JOHOR BAHRU – Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan ada lebih ramai lagi pemain dan staf yang bakal meninggalkan pasukan itu.
Tunku Mahkota Johor itu memaklumkan perkara itu di ruangan komen Instagram Johor Southern Tigers berhubung perpindahan pemain dan barisan kejurulatihan kelab itu.
Dengan Langkah yang diambil itu, Tunku Ismail memberitahu, JDT akan bergelar pasukan ‘underdog’ pada musim depan.
“Underdog tahun depan, akan ada ramai lagi yang keluar dari kelab. Proses berjimat,” tulis Tunku Ismail.
Pendekatan itu diambil Harimau Selatan itu kerana ingin mentransformasikan kelab dengan mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.
Terdahulu, kelab juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu mengesahkan ketua jurulatih, Esteban Solari meninggalkan kelab termasuk pemain Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo.
Dalam tulisan sama, Tunku Ismail tampak kecewa setelah kehadiran penonton ke Stadium Sultan Ibrahim, stadium berlepas dunia tidak memberangsangkan.
“Stadium jarang penuh, RM10 aja tiket terbuka. Apapun, kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source