“Maaf Untuk Apa Yang Telah Berlaku..” – Abang Tesla Sambut ‘Anniversary’ Ke-5 Dengan Isteri Pertama
Baru-baru ini, pempengaruh sensasi yang dikenali sebagai Abang Tesla telah menyambut ulang tahun perkahwinan dirinya dan isteri pertamanya Nurmajdina yang kali ke-5.
Sempena hari istimewa tersebut, Abang Tesla telah menitipkan ucapan khas buat pasangannya yang telah bersamanya selama lima tahun itu. Ucapan tersebut diselitkan sekali dengan hantaran beberapa keping gambar dirinya bersama Majdina yang terlihat sedang keluar malam bersama.
Happy 5 years Anniversary sayang. Semoga Allah pelihara jodoh kita sampai ke Syurga. Isteri yang sangat tabah dan hebat. Maaf untuk apa yang telah berlaku.
Katanya dalam kapsyen hantaran tersebut, dirinya sebagai suami bersyukur mendapat isteri yang tabah bersamanya meskipun sempat mengalami pergolakan rumah tangga.
Pada masa yang sama, orang ramai juga turut serta memuji isteri kepada pempengaruh ini yang masih sanggup setia bersama walaupun telah dimadukan. Kata mereka, tak semua perempuan sanggup setia di samping suami setelah berkahwin dua.
Sebelum ini, media sosial sempat digemparkan dengan berita tentang Abang Tesla yang mengumumkan dirinya telah bernikah lagi dengan wanita lain bernama Nur Syafiqah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source