Tiga sahabat sesat ketika daki Bukit Janda Mandi
KEMAMAN: Tiga sahabat yang sesat ketika mendaki bukit di kawasan rekreasi Bukit Janda Mandi, Kijal, dekat sini, pagi tadi, berada dalam keadaan selamat.
Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Ahmad Daniel Irfan Ahmad Redzman,19 berasal dari Kampung Geliga, Muhammad Khairul Izzat Abas, 21, dari Kampung Batu 5, Binjai dan Muhammad Amin Amiruddin Sabmun, 18, dari Taman Fikri dekat sini.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang selepas salah seorang mangsa menghubungi pasukan penyelamat.
“Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tersasar dari laluan asal ketika mendaki bukit tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi.
“Mangsa yang tidak menemui laluan untuk turun telah menghubungi pasukan penyelamat untuk meminta bantuan,” katanya di sini, malam ini.
Azman berkata, pihaknya telah mengenal pasti kedudukan mangsa berdasarkan lokasi yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.
“Kita telah mengenal pasti kedudukan mangsa dan ketika ini operasi untuk membawa turun mangsa ke kaki bukit sedang giat dilakukan.
“Operasi menyelamat mangsa turut berdepan kesukaran berikutan pasukan penyelamat perlu mendaki bukit yang curam dengan cuaca hujan. Kita tidak dapat menggunakan laluan pantai untuk ke lokasi mangsa berikutan air pasang dan berisiko untuk kerja-kerja menyelamat,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source