Sesak sebab kenderaan mayat buat pusingan U
KLANG – Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung tindakan sekumpulan pemandu kereta dan penunggang motosikal menganggu lalu lintas semasa mengiringi kenderaan membawa mayat di persimpangan lampu isyarat pekan Meru di sini, hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.05 petang itu tular di laman sosial Facebook menerusi sebuah video berdurasi satu minit 12 saat memaparkan kesesakan susulan perbuatan tersebut.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, satu laporan telah dibuat polis telah dibuat kira-kira pukul 8.13 malam tadi susulan penularan video berkenaan.
“Berdasarkan video berkenaan memaparkan beberapa buah motosikal dan kereta dengan nombor pendaftaran tidak pasti mengiringi sebuah kenderaan membawa mayat dari arah Klang.
“Kenderaan berkenaan telah membuat pusingan u di susur Jalan Persiaran Hamzah Alang dan menghala semula ke Klang. Ini seterusnya telah menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat pekan Meru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Zulkarnain Johari di talian 019-5597107.
“Orang ramai dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source