Covid-19 di Kedah terkawal, kes menurun
ALOR SETAR: Situasi jangkitan Covid-19 di Kedah terkawal dengan jumlah kes pada minggu epidemiologi 52 (ME52) bermula 24 hingga 30 Disember 2023 menunjukkan penurunan berbanding ME51.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kes bagi ME52 adalah sebanyak 1,045 berbanding 1,313 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.
Katanya, angka itu mencatatkan penurunan sebanyak 268 kes atau 20.4 peratus.
“Secara kumulatifnya, Kedah mencatatkan sebanyak 9,006 kes Covid-19 di sepanjang 2023 dengan 41 kematian.
“Majoriti kes yang dilaporkan pada ME52 adalah melalui saringan bergejala iaitu sebanyak 89 peratus. Tiada kluster baharu dilaporkan di sepanjang tempoh itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kebanyakan kes dilaporkan hanya bergejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
“Sebanyak 140 kes dirawat di hospital sepanjang ME52 dan tiada kematian baharu dicatatkan sepanjang tempoh itu,” katanya.
Menurutnya, Kulim mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 457 kes diikuti Kuala Muda yang merekodkan 236 kes.
“Kota Setar berada di kedudukan ketiga dengan 132 kes. Ketiga-tiga daerah ini memiliki keluasan besar dan penduduknya juga ramai, sebab itulah angkanya tampak tinggi.
“Secara keseluruhannya keadaan masih terkawal dan rakyat tidak perlu panik. Di pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), saya difahamkan mereka telah mengedarkan risalah kepada surau dan masjid untuk menggalakkan jemaah menggunakan topeng muka,” katanya.
Dalam pada itu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yakin situasi covid semasa di negeri ini tidak akan menjejaskan sebarang persiapan mahu pun aktiviti dilaksanakan kerajaan negeri termasuk kempen ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’.
“Segalanya berjalan seperti biasa dan kempen itu tak terjejas. Minggu ini pun ada penurunan dan saya harap maklumat disampaikan exco dapat menjadi panduan kepada rakyat Kedah untuk amalkan langkah-langkah pencegahan mengatasi covid-19,” katanya. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source