10 Tahun Belajar Al-Quran, Shamsul Ghau Ghau Jual Rumah & Guna Wang Simpanan RM300,000
Pendakwah dan selebriti, Shamsul Ghau Ghau mendedahkan sepanjang 10 tahun mengikuti pengajian Al-Quran dia terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan berjumlah RM300,000 bagi menampung kos sara hidup keluarga.
Memetik Harian Metro, Shamsul berkata dia turut menjual rumah serta beberapa aset lain demi menyara keluarga sepanjang tempoh tersebut.
BACA: “Orang Lain Kahwin, Kenapa Tag Aku?” – Shamsul Ghau Ghau
“Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan. Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.
“Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000. Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada,” katanya.
Sementara itu, Shamsul berkata dia sudah mendapat sijil tauliah sebagai penceramah serta berharap agar pintu rezekinya akan semakin terbuka luas selepas ini.
Katanya lagi, dia pernah mendapat tawaran untuk belajar al-Quran di Mesir namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana anaknya masih belajar.
“Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.
“Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.
“Tujuan ambil tauliah bukan nak riyak, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus.
“Alhamdulillah sekarang saya dapat buat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak pun makin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source