Pelakon Paksa Teman Wanita Gugurkan Kandungan, Tarik Laporan Polis
Seorang pelajar universiti swasta mendakwa terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lalu hasil persetubuhan dikatakan bersama pelakon terkenal.
Memetik Harian Metro, wanita berusia 21 tahun yang enggan mendedahkan namanya itu mendakwa pelakon tersebut berjanji untuk menjaganya selepas dipujuk untuk gugurkan kandungan.
Bagaimanapun, pelakon itu enggan bertanggungjawab selepas dia menarik balik laporan polis yang dibuat kerana termakan dengan pujuk rayu lelaki tersebut.
“Saya ikut segala permintaannya untuk menggugurkan kandungan selepas memujuk saya berulang kali. Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan,” katanya.
Dalam pada itu, wanita itu mendakwa pelakon tersebut berjanji untuk mengahwininya namun memberi kata-kata manis untuk melepaskan diri. Tambah wanita itu lagi dia turut mengalami jangkitan pada alat kelamin dan perlu berulang alik ke hospital.
“Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin. Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.
“Saya hanya mengetahui masalah ini dua minggu lalu selepas doktor memberitahu proses pengguguran melalui pil gugur janin yang saya ambil tidak berkesan sepenuhnya. Ada janin yang masih berada di dalam badan,” katanya.
Kata wanita itu lagi, pendedahan yang dibuat bukan kerana mahukan pelakon itu memperisterikannya sebaliknya bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan.
“Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan. Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik.
“Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi.
“Saya mahu dia menerima balasan yang setimpal. Biarlah saya dan dia diheret ke muka pengadilan atas kesalahan yang kami lakukan. Saya mahu dia belajar daripada pengajaran ini, bukan bebas dan menjalani kehidupan dengan penuh bahagia,” katanya
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source