Suami 83 tahun mencuri demi sara kekasih gelap
BANGKOK – Seorang wanita berusia 81 tahun di Thailand menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya selepas lelaki itu didapati mencuri untuk menyara kekasih gelapnya, lapor laman berita Thaiger.
Balai Polis Mueang Sing Buri menerima laporan satu kes kecurian daripada pemilik sebuah kedai runcit, Noppakhun Mathap pada Ahad lalu.
Noppakhun berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia 83 tahun. Suspek dilarang memasuki beberapa premis miliknya kerana mempunyai sejarah lampau mencuri, namun tiada tindakan diambil.
Warga emas itu telah melarikan wang tunai sebanyak 3,000 baht (RM405) dari kedai Nappakhon. Polis menahan suspek, namun kemudian menghantarnya pulang ke rumah.
Di rumah, isterinya memberitahu bahawa lelaki itu mencuri untuk menyara kekasih gelapnya. Selain mencuri di kedai, lelaki itu melarikan beberapa barang milik isterinya termasuk barang kemas, wang dan perabot.
Kesemua barang curi itu akan diberi kepada kekasihnya. Dia didakwa jatuh cinta dengan seorang wanita yang berpindah berdekatan rumah mereka.
Wanita itu tidak tahan dengan kelakuan suaminya dan mahu polis memasukkannya ke dalam penjara.
Pegawai polis meyakinkan wanita itu untuk menerima suaminya semula dan meminta lelaki itu berjanji untuk tidak lagi mencuri. Suspek bersetuju dan berkata dia sanggup masuk penjara jika mencuri lagi. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source