Penduduk tiga kampung diminta berjaga-jaga kemungkinan banjir
KOTA TINGGI: Peningkatan paras air akibat hujan yang berterusan serta air pasang menjadi faktor penyumbang kemungkinan berlakunya banjir di tiga buah kampung dan sekitar bandar Kota Tinggi.
Kampung yang dijangka terlibat adalah Kampung Semangar, Kampung Baru Sungai Telor dan Kampung Tai Hong serta beberapa kawasan yang rendah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata justeru penduduk di kawasan berkenaan diminta untuk bersiap sedia dengan kemungkinan keadaan itu.
“Berdasarkan maklumat perancangan dan kajian insiden banjir, keadaan semasa paras air lembangan Sungai Johor, serta peningkatan paras air akibat hujan yang berterusan dan air pasang, merupakan antara faktor banjir boleh berlaku di kawasan tersebut.
“Sekiranya paras air Sungai Johor meningkat ke paras 7.50 meter, kawasan Kampung Semangar akan mula terkesan.
“Manakala, jika meningkat ke paras 9.00 meter, kawasan Kampung Baru Sungai Telor dan Kampung Tai Hong serta kawasan sekitar bandar Kota Tinggi, perlu bersedia dengan kemungkinan banjir,” katanya hari ini.
Katanya keadaan itu disebabkan oleh faktor air yang turun menerusi lembangan itu, berserta hujan dan air pasang pada masa yang sama.
Tambahnya meskipun air telah surut di kebanyakan kawasan yang terjejas banjir semalam terutama Taman Aman, pemantauan dilakukan secara berterusan melibatkan 33 anggota bomba dengan lima aset.
“Kita masih membuat pemantauan banjir dan aras sungai yang berada di sekitar bandar Kota Tinggi dan beberapa kawasan hotspot yang mudah dinaiki air.
“Setakat ini, kita lihat trend air sungai berada dalam keadaan paras normal, namun sekiranya hujan berterusan hari ini, kita akan memastikan penduduk lain bersedia untuk dipindahkan ke PPS,” katanya.
Terdahulu seramai 1,448 mangsa banjir di sekitar daerah ini ditempatkan di tujuh PPS melibatkan penduduk dari Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Sungai Berangan, Kampung Baru Sungai Mas dan juga Kampung Gembut Sedili. –UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source