“Jangan Sampai Merangkak Di Pandang Mahsyar Minta Maaf” – Anak Dituduh ‘Perampas’, Ibu Cupcake Aisyah Tampil Pertahankan
Kecoh di media sosial sekarang ini mengenai dakwaan mengatakan pempengaruh & YouTuber yang dikenali sebagai, Cupcake Aisyah ‘menikam belakang’ kawan baiknya, Kasih Iris Leona.
Ibu tak diam diri
Barangkali sedar dengan tohmahan yang diterima oleh Aisyah, sebagai ibu, Sue Razip tampil bersuara demi pertahankan anak perempuannya daripada terus-menerus dipersalahkan.
Kata Sue dalam salah satu status Instagram Story yang dibuat, setiap cerita mempunyai dua ‘side’ dan jangan terlalu cepat salahkan satu pihak sahaja.
mak cupcake aisyah reply guysss pic.twitter.com/D0XXizk371
— for hiyyih (@hanisgray) January 6, 2024
Jangan sampai merangkak di Padang Mahsyar minta maaf..
‘Like mother like daughter’
Dalam pada itu, Sue turut memuat naik tangkap layar komen-komen netizen yang berkata ‘mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi’, seolah-olah mahu berkata Aisyah jadi seperti itu kerana sifat ibunya sendiri.
Biarpun teruk dikecam netizen, wanita terbabit meluahkan rasa syukur atas ujian yang sedang dihadapi oleh keluarganya sekarang ini dan memberi pesanan kepada netizen untuk tidak berlebihan tunding jari pada orang lain.
Kenal semua rakan Cupcake Aisyah
Tambahan lagi, dia nafi bahawa dirinya support anak membuat hal-hal terkutuk seperti itu tetapi disebabkan dia terlalu mengenali Aisyah dan orang sekelilingnya, sama ada yang toxic ataupun gila ‘glamour’, jadi Sue tahu YouTuber itu tidak bersalah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source