“Oh, Itu Untuk Rendam Saja” – Pekerja Kedai Mamak Kantoi Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah, Netizen Naik Jijik!
Tular sebuah video di aplikasi X apabila seorang pekerja restoran dirakam sedang asyik mencelup pinggan dalam tong sampah di belakang premis dipercayai berlokasi di Bandar Botanik, Klang, Selangor.
Seorang individu dipercayai sempat merakam tindakan memualkan tersebut dan memaklumkan telah menegur pekerja berkenaan.
Kita ni dah lah selalu lepak mamak, sekali nampak benda macam ni depan mata nak muntah mat 🤢 basuh pinggan celup2 dalam tong sampah. Speechless. Nah korang tengok lah sendiri, takdelah tekak aku sorang loya.
Btw aku tegur terus lepas tu. pic.twitter.com/mWmLrraB0x
— Elyas Yusri (@elyasyusrizal) January 6, 2024
Kita ni dah la selalu lepak mamak, sekali nampak benda macam ni depan mata nak muntah mat basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah. Nah, korang tengok lah sendiri, takdelah tekak aku sorang loya.
Menurut individu itu, pekerja itu memberi alasan bahawa dia hanya menggunakan tong sampah tersebut untuk merendam pinggan yang kotor.
Staf tu boleh cakap, oh tong sampah tu untuk rendam saja. Berderau je darah aku. Kot ye beli la besen besar ke apa.
Aku taknak sebut nama kedai. Tapi mamak ni dekat bandar botanik, klang, corner lot. Siapa selalu lepak situ, tolong checkkan. Kalau masih sama, tolong buat report.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dan loya tekak setelah melihat video tersebut.
Malah, ada netizen yang mengakui bahawa restoran tersebut memang tidak menjaga kebersihan kerana pernah melihat pekerjanya kencing di belakang restoran dan hanya mengelap tangan di apron.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source