3 budak perempuan nekad kembara 5,000 kilometer jumpa BTS
NEW DELHI – Tiga budak perempuan berumur 13 tahun nekad melakukan perjalanan lebih 5,000 kilometer ke Korea Selatan semata-mata mahu berjumpa kumpulan K-pop kegemaran mereka, BTS.
Ketiga-tiga budak perempuan itu tinggal di sebuah kawasan pedalaman di Karur dalam negeri Tamil Nadu.
Laman berita India Times melaporkan, tiga pelajar itu hanya membawa wang sebanyak 14,000 rupee (RM782.85) dan masing-masing tidak mempunyai pasport.
Disebabkan itu, mereka merancang menggunakan laluan air untuk masuk ke Korea Selatan secara haram.
“Mereka membuat keputusan untuk bertemu kumpulan BTS dan menyenaraikan beberapa pelabuhan seperti Thoothukudi di Tamil Nadu dan Visakhapatnam di negeri Andhra Pradesh untuk menaiki kapal ke Korea Selatan.
“Akhirnya, mereka memilih Visakhapatnam,” kata seorang pegawai polis kepada agensi berita PTI.
Menurut laporan, kembara tiga gadis cilik itu bermula 4 Januari lalu selepas mereka meninggalkan rumah secara rahsia dan bertolak ke Chennai dengan menaiki kereta api.
Meskipun mempunyai wang yang sedikit, ia tidak mematahkan semangat mereka bahkan, tiga sekawan itu menyewa sebuah bilik hotel di Chennai.
Dalam masa sama, ibu bapa ketiga-tiga gadis tersebut membuat laporan polis selepas mereka tidak pulang ke rumah. Polis kemudian melancarkan operasi pencarian.
Keesokan harinya, percubaan mereka untuk bertolak ke lokasi seterusnya gagal apabila gadis-gadis itu sudah keletihan.
Ia menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan selain menaiki kereta api dari Chennai dan pulang ke rumah.
Mereka kemudian berlindung di sebuah institusi milik kerajaan di daerah Vellore, Tamil Nadu sebelum ibu bapa masing-masing dipanggil ke situ.
Kesemua remaja itu diberikan kaunseling sebelum dibenarkan pulang bersama keluarga masing-masing. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source