Jalan Haji Taib bebas aktiviti pelacuran, pondan berbanding 20 tahun lalu
KUALA LUMPUR – Polis menyifatkan landskap aktiviti di Jalan Haji Taib yang dahulunya terkenal dengan aktiviti pelacuran, pengedaran dadah, dan aktiviti songsang (pondan) berubah sepenuhnya berbanding 20 tahun lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, perubahan tersebut hasil kerja keras pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Pelbagai kisah dahulu kita dengar berkaitan Jalan Haji Taib dan Chow Kit. Kawasan ini memang diketahui dengan aktiviti pelacuran, pondan dan pengedaran dadah.
“Pada umumnya, sekarang kawasan ini lebih baik berbanding 20 tahun lalu bersama bantuan pelbagai pihak,” katanya selepas sesi walkabaout bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tambah beliau, keadaan kebersihan dan bebas daripada aktiviti jenayah menjadikan kawasan tersebut kini kembali sihat dan dipenuhi dengan aktiviti perniagaan.
“Inilah keadaan sebenar sekarang di lokasi ini, mungkin ada kejadian samun tetapi umumnya kawasan ini telah bersih daripada aktiviti demikian.
“Kita akan lakukan lagi aktiviti ini (walkabout) dari semasa ke semasa membabitkan kawasan lain di Kuala Lumpur,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source