PDRM selamatkan gadis Myanmar, jadi buruh paksa di pub
SEBERANG PERAI – Seorang remaja perempuan Myanmar dipercayai menjadi buruh paksa, berjaya diselamatkan pihak polis dalam serbuan dan pemeriksaan menerusi Op Pintas di sebuah pusat hiburan di kawasan Simpang Ampat, di sini, hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, operasi berkenaan dijalankan pasukan Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Katanya, fokus operasi adalah bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).
Katanya, pihaknya berjaya menangkap seramai 52 individu atas pelbagai kesalahan.
“Dalam serbuan yang sama, seorang mangsa pemerdagangan orang yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa berjaya diselamatkan.
“Mangsa, 17, warga Myanmar diselamatkan di bawah Seksyen 44(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
“Sementara itu, seorang lelaki Myanmar, 48, dipercayai majikan, ditahan mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen manakala pemilik premis tempatan berusia 29 tahun ditangkap di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sehubungan itu, seramai 40 warga Myanmar termasuk 15 wanita berusia 19 hingga 41 tahun ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Selain itu, 10 lagi individu warga sama termasuk empat wanita berusia 20 hingga 40 tahun diberkas mengikut Per. 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen.
Mengulas lanjut mengenai pub berkenaan, katanya, siasatan awal mendapati pub itu tidak mempunyai lesen perniagaan dan dipercayai beroperasi lebih kurang sehari.
“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/63 dan Per.39(b) Peraturan-peraturan Imigresen,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source