45 Pengakap Kelana peroleh Anugerah Baden-Powell
PETALING JAYA – Seramai 45 calon Pengakap Kelana telah berjaya mencapai Anugerah Baden-Powell (BPA) 2024 setelah lulus dengan baik pada Penilaian BPA Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Rumah B-P, Kuala Lumpur semalam.
Penerima BPA tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pengakap Kelana dari Johor, Selangor, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Terengganu.
Komponen-komponen yang telah diuji merangkumi ketrampilan, kepimpinan, kemahiran Pengakap, kenegaraan, pengucapan awam, personality, khidmat masyarakat, simulasi bencana alam, pengurusan acara dan ujian bertulis.
Pesuruhjaya Latihan Negara, Dr. Ekbert Yong Yeng Loong berkata, pihak Lembaga Penilai BPA berharap ahli-ahli Pengakap Kelana yang berjaya mencapai BPA dapat meneruskan momentum tersebut dengan terus membantu masyarakat.
“Saya berharap, penerima-penerima BPA terlibat menjadi seorang yang berdisiplin, berbudi, baik dan sentiasa menceburi aspek mencari maklumat dalam pembelajaran.
“Saya berharap mereka akan membantu adik-adik Pengakap Kelana yang lain untuk mencapai sepertimana mereka mencapai BPA,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Majlis perasmian penutup majlis disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin.
Terdahulu, Anugerah BPA merupakan anugerah tertinggi yang boleh dicapai oleh Pengakap Kelana. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source