Fathia Latiff Tak Maafkan Aiman Sebab Permainkan Hati & Perasaannya
Tindakan pelakon Fathia Latiff yang memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian ramai apatah lagi mereka sudah lama berpisah sejak 2015.
Memetik BH Online, Fathia berkata dia sudah lama move on namun provokasi netizen membuatkan dia geram serta teringat semula dendamnya terhadap Aiman.
BACA: Tak Pernah Kenal, Suami Heliza Helmi Kata Fathia Latiff Merepek
“Saya dah lama lupakan Aiman, namun provokasi netizen jadi punca saya betul-betul meletup bila teringat semula pengkhianatan dilakukan.
“Perasaan geram dan bengang silih berganti terjah fikiran. Ya, saya hidup dalam dendam terhadap Aiman yang tak pernah berpenghujung,” katanya.
Menurut Fathia dia tiada niat untuk menganggu rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson sebaliknya dendam tidak pernah surut serta mendakwa aktor itu mempermainkan perasaannya.
“Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman. Saya percaya jika Aiman dan Zahirah saling cinta kenapa nak ‘triggered’ dengan hantaran saya dalam Instagram.
“Ia sekadar gambar ‘throwback’ yang tak beri makna apa-apa buat saya. Saya berani letak gambar lama sebab saya sudah ‘move on’ dan langsung tiada perasaan terhadap Aiman.
“Cuma, perasaan dendam terhadap Aiman tak pernah surut disebabkan mempermainkan hati dan perasaan saya. Itu sahaja punca saya mendendaminya. Ia juga bukanlah sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah,” katanya.
Dalam pada itu, Fathia berkata Aiman yang menjadi punca dia berdepan depresi dan kesihatan mental. Katanya lagi, dia tidak akan puas hati selagi Aiman tidak memohon maaf.
“Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya. Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman.
“Bayangkan sudah sembilan tahun berlalu, namun saya masih hidup dalam kesakitan. Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit. Saya juga takkan berpuas hati selagi Aiman tak minta maaf,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source