Isu bekalan air UMS: Derita pelajar akan berakhir Mac ini
JASIN – Kerja-kerja pembinaan telaga tiub dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mengatasi isu bekalan air yang berlarutan sejak tiga tahun lalu dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan projek itu telah pun berada dalam fasa pemasangan tiub di beberapa lokasi yang dikenal pasti mempunyai bekalan air.
Katanya, kini kementerian sedang mengikuti rapat keperluan usaha tersebut dan telah meluluskan peruntukan diperlukan oleh pihak universiti untuk mencari beberapa lokasi sumber air.
“Apa yang dimaklumkan tempat yang nak dicari gali, mereka hanya dapat beberapa kawasan sahaja dan saya telah mengarahkan supaya segera diselesaikan isu itu.
“Pihak universiti juga sedang memastikan supaya tiub telaga yang dikenal pasti dapat dipasangkan dengan segera dan projek itu dijangka selesai pada Mac ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Serkam Pantai, di sini, hari ini.
Tambahnya, keperluan bekalan air bagi menampung warga pusat pengajian itu adalah antara lima hingga lapan juta liter sehari, namun kapasiti bekalan yang ada ketika ini hanyalah 30 peratus daripada jumlah tersebut.
“Kemampuan melalui pendekatan telaga tiub ini sebagai tambahan, dijangka ia dapat membantu tambahan sebanyak 30 peratus lagi.
“Nak kata selesaikan keseluruhannya pun, ia melibatkan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sabah kerana isu ini berkaitan dengan pertumbuhan (pembangunan) yang berlaku di Pantai Barat itu,” ujarnya.
Mengulas lanjut Zambry berkata, gesaan yang dibuat oleh kementerian kepada pusat pengajian itu bagaimanapun bukan untuk memberi tekanan, tetapi sewajarnya diselesaikan segera kerana ia telah belarutan sejak 2021.
“Alasan tak ada peruntukan, sebenarnya mereka boleh maklumkan, namunpun begitu pada peringkat ini saya elak daripada meletakkan sebarang tuduhan, saya nak kita bekerjasama untuk selesaikan masalah pelajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source