Trump hadir perbicaraan kes saman fitnah di New York
NEW YORK: Donald Trump menghadiri perbicaraan membabitkan saman fitnah difailkan oleh wartawan, E Jean Carroll terhadap bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu di mahkamah New York.
Ketika sesi perbicaraan berlangsung, bekas Presiden AS itu tidak membuat sebarang kenyataan.
Malah, menurut pemberita berada di bilik mahkamah, Trump dan Jean mengelak memandang sesama ketika barisan juri sedang dipilih.
Bagaimanapun, Trump terus menyerang Jean di platform Truth Social dengan menyiarkan semula klip temubual Jean dengan CNN.
“Bolehkah anda percaya, saya terpaksa mempertahankan diri daripada cerita palsu direka wanita ini?,” katanya di platform itu.
Trump, 77, kini mara ke New Hampshire selepas mencatatkan kemenangan besar di Iowa, sekali gus mengukuhkan kedudukannya calon Presiden AS terunggul parti Republikan.
Kes saman fitnah itu dilihat seolah-olah tidak mempunyai implikasi terhadap usaha Trump untuk merampas semula White House.
Jean, 80, menuntut ganti rugi lebih AS$10 juta (RM47.10 juta) dalam perbicaraan sivil, dengan mendakwa Trump memfitnahnya pada 2019 ketika beliau menjadi presiden.
Perbicaraan kali ini adalah berbeza dengan kes sivil tahun lalu.
Dalam kes tersebut, juri mendapati Trump bersalah melakukan gangguan seksual terhadap Jean di bilik persalinan butik mewah, Bergdorf Goodman di Manhattan pada 1996 dan seterusnya memfitnahnya pada 2022 apabila dia merujuknya melakukan `penipuan lengkap’.
Dalam kes itu, Trump diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM23.5 juta) kepada Jean. – AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source