Segmen Petang Kendalian Tyzo Tunjukkan Penurunan
Selepas seminggu, sebentar tadi berlangsung sidang media daripada pihak pengurusan tertinggi stesesn radio Suria FM memberi penjelasan mengenai isu melibatkan DJ Tyzo.
Memetik mStar Online, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Kumpulan Star Media Radio berkata keputusan penamatan kontrak Tyzo dibuat selepas menilai dua askpek utama dari segi jumlah pendengar dan kewangan syarikat.
BACA: Tyzo Minta Kenaikan Gaji Tinggi Punca Kontrak Tidak Disambung?
Menurutnya, segmen Suria Petang yang dikendalikan DJ Tyzo tidak mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi dan menunjukkan penurunan.
Sementara itu, Tyzo turut menolak kontrak setahun yang ditawarkan sebaliknya memilih selama enam bulan selepas memenangi anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH tahun lalu.
“Selepas ambil kira semua aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan dengan Suria. Keputusan ini saya buat dan arahan telah diberikan kepada pengurusan.
“Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu juga tidak membantu menaikkan jumlah pendengar. Malah segmen lain lagi tinggi jumlah pendengar.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata gaji Tyzo akan tetap dibayar sehingga Mac nanti mengikut kontrak serta berharap isu tersebut ditamatkan dan idak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang jika ada yang memberi komen yang dianggap fitnah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source