Penjawat awam wanita ditahan buat tuntutan palsu Jualan Rahmah
ALOR SETAR – Seorang penjawat awam wanita ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi pembayaran program Jualan Rahmah 2023 berjumlah kira-kira RM22,000.
Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, di sini kira-kira pukul 9 malam, semalam.
Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pagi tadi untuk proses permohonan reman sebelum Majistret, Muhammad Zul Hilmi Latif membenarkan wanita terbabit direman selama lima hari bermula hari ini.
Menurut sumber, suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois mengandungi butir matan palsu yang mana kuantiti jualan melebihi kuantiti sebenar terjual.
“Perkara ini dikesan setelah mendapati invois yang dikemukakan tidak sama dengan Laporan Ringkas Program Jualan Rahmah 2023 yang dikeluarkan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source