Usahawan kraf hasilkan produk identiti Perlis
KANGAR – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) melancarkan pelbagai produk kraf berasaskan motif pokok harumanis dan pokok jati yang sinonim dengan negeri itu.
Ketua Pengarahnya, ‘Ainu Sham Ramli berkata, antara produk dihasilkan oleh usahawan-usahawan kraf di negeri itu adalah seperti kraf tekstil, hasil rimba, logam dan tanah.
“Selain menggunakan motif inspirasi harumanis dan pokok jati, produk kraf yang dihasilkan juga turut mengetengahkan skema warna bendera di negeri Perlis iaitu kuning dan biru.
“Dengan adanya pelancaran produk kraf beridentitikan negeri Perlis, kita berharap para pelancong yang bercuti di sini boleh mendapatkan kraftangan dan cenderamata di Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenaan menyempurnakan pelancaran Produk Kraf Identiti Negeri Perlis.
Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, pelancaran tersebut turut membantu merancakkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.
“Antara produk yang menarik perhatian adalah baju batik bermotifkan pokok harumanis dengan warna bendera negeri iaitu kuning dan biru.
“Kerajaan negeri juga akan membantu mempromosikan produk kraf yang dihasilkan dan akan menempah baju batik berkenaan untuk kegunaan wakil-wakil rakyat dan juga ketua-ketua jabatan kerajaan,” ujarnya.
Tambahnya, beliau juga akan berbincang dengan Kraftangan Malaysia mengenai langkah terbaik mempromosikan produk kraf di kawasan tumpuan pelancong seperti di Padang Besar. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source