Fosil di Kampung Changkat Tualang tidak akan diusik
KAMPAR – Fosil hidupan laut purba Kampung Changkat Tualang di sini yang berusia sekitar 250 hingga 300 juta tahun tidak akan ‘diusik’ sebagai salah satu langkah proaktif memelihara khazanah alam bernilai tinggi itu.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Nizarulikram Abdul Rahim berkata, proses pemetaan kawasan itu akan segera dilakukan supaya terus terpelihara dan menjadi salah satu lokasi jajaran Geopark Lembah Kinta.
“Sama ada sampel fosil ini akan dibawa keluar atau tidak, itu bergantung kepada sampel di lapangan. Kalau kita tak boleh nak ambil, kita akan kekalkan.
“Pada pandangan kami, lebih baik dikekalkan supaya sesiapa pun datang ke sini melihat dan boleh juga menjadi salah satu bahan tarikan orang luar atau pelancong datang ke tempat ini selain untuk faedah komuniti di tempat ini.
“Kita akan cuba kekalkan di sini tetapi apabila dikekalkan perlu ada elemen pemuliharaan supaya kekal di situ berada dalam tempoh yang lebih lama kerana jika dibiarkan dalam keadaan sekarang, ia akan terdedah kepada luluhawa dan sebagainya.
“Jadi sampel fosil itu akan rosak selepas beberapa tahun mungkin disebabkan cuaca hujan panas, ia akan reput dan sebagainya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Media sebelum ini melaporkan penemuan fosil siput laut dan fosil hidupan laut purba lain yang dianggarkan berusia sekitar 300 juta tahun di Kampung Changkat Tualang.
Malah, kawasan bekas lombong seluas 6.9 hektar yang terletak dalam jajaran Geopark Lembah Kinta itu sebelum ini terkenal sebagai kawasan untuk aktiviti berkayak, penanaman jagung skala besar dan batuan kapur dalam kuantiti yang banyak.- KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source