RHB WCE ‘Century Ride’ bakal tarik 3,000 peserta
KUALA LUMPUR – Kira-kira 3,000 peminat berbasikal di Malaysia dan luar negara dijangka bakal membanjiri kayuhan berbasikal RHB WCE ‘Century Ride’ yang julung kali diadakan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada 19 Mei nanti.
Program berbasikal yang dianjurkan oleh Kumpulan Perbankan RHB dengan kerjasama dengan West Coast Expressway Sdn. Bhd itu bakal berlangsung di atas lebuh raya sistem tertutup di WCE dengan membabitkan pertempuran sejauh 160 kilometer (km) sekali gus merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024.
Menariknya, kayuhan itu akan berlangsung dengan tiga kategori berbeza iaitu 160km, 90km dan 28km dengan membabitkan kategori lelaki dan wanita.
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd. Rashid Mohamad berkata, tujuan utama program RHB WCE Century Ride itu diadakan untuk meneruskan kesinambungan RHB LEKAS Highway Ride.
“RHB WCE Century Ride adalah komitmen berterusan kami untuk mempromosikan gaya hidup lebih sihat, memupuk hubungan komuniti dan menyokong perniagaan tempatan kami. Kami percaya, berbasikal bukan hanya sekadar sukan tetapi satu langkah untuk menyatukan semua lapisan peringkat umur.
“Kayuhan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan semua orang dari golongan berbasikal profesional kepada ahli keluarga, rakan untuk mencari tunggangan yang menyeronokkan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program tersebut di ibu negara hari ini.
Program kayuhan berbasikal tersebut akan bermula dari Lekir ke Taiping Selatan dan peserta perlu kembali ke Lekir untuk menempuh jarak keseluruhan 160km di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat. -KOSMO! Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source