Fattah Amin Jarang Melepak Lepas Kahwin, Mohon Rakan-Rakan Tak Terasa Hati
Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar bapa, pelakon Fattah Amin mengakui dia semakin jarang keluar untuk melepak bersama rakan-rakan.
Memetik Harian Metro, Fattah juga berharap rakan-rakan memahami serta tidak terasa hati mekpun jarang meluangkan masa bersama-sama.
BACA: Fattah Amin Nasihat Bakat Baru Jaga Nama Jika Nak Bertahan Lama Dalam Industri
“Memang tidak dinafikan sejak ada Fatima, saya memang jarang keluar dengan kawan-kawan lelaki kecuali bila betul-betul perlu. Maksudnya kalau ada mesyuarat ke, barulah saya keluar.
“Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama dengan keluarga. Tapi, memang ada juga rakan-rakan yang menghantar mesej bertanya, namun saya balas saja pertanyaan mereka.
“Apa yang penting, kepada kawan-kawan saya mohon jangan terasa biarpun lama tidak berhubung. InsyaAllah nanti adalah rezeki, mungkin raya boleh datang ke rumah,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah berkata dia lebih suka bermain game jika mempunyai masa lapang.
“Saya juga suka bermain ‘game’, jadi apabila hendak ada masa untuk diri sendiri itulah yang sering dilakukan. Apapun, bergantung kepada keadaan jika anak ke rumah sepupu atau sibuk dengan aktivitinya, barulah saya bermain ‘game’.
“Cuma tidak boleh hendak ‘me time’ sangat kerana sudah berkeluarga kan? ‘Me time’ saya adalah bila saya dapat main ‘game’,” katanya.
Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source