Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Almaty, Kazakhstan
Kalau sebut jer bab melancong ni mesti semua orang semua orang senyum sampai telinga. Abaikan bab duit yang confirm melayang semasa melancong tu, yang pasti hati tenang, otak pun tak serabut fikir pasal kerja, ye dak? Haha. Tapi itulah, kalau asyik ke tempat sama jer, tak best juga kan? Boring weh!
Jangan risau, kami ada satu destinasi yang pasti membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali seperti Shah Rukh Khan jatuh cinta dengan Rani Mukherjee dalam movie Kuch Kuch Hota Hai tu. Amboi ke situ pula kita yer, haha.
Sangat Menakjubkan!
Kali ni kami nak cadangkan anda pergi melancong ke satu destinasi yang bukan saja mempunyai keindahan alam semula jadi serta persekitaran menakjubkan, malah menyediakan banyak kemudahan untuk orang Islam!
Inilah keunikan Almaty, Kazakhstan! Jom healing sini pulak gais. Spot baru yang anda boleh masukkan dalam list travel korang tahun ini!
Jom Ke Almaty Kazakhstan, Sumpah Unik!
Mungkin ada antara anda yang belum pernah dengar pasal Kazakhstan kan? Almaty adalah bandar terbesar di Kazakhstan. Antara tarikan menarik Almaty termasuk lokasinya yang dikelilingi gunung-ganang, ski resort terkenal di Asia Tengah dan banyak lagi!
Memang best weh datang sini sebabnya negara ini mempunyai pelbagai daya tarikan menarik, budaya yang pelbagai dan anda boleh nikmati 4 musim dalam masa yang sangat singkat. Anda pilih jer nak datang bulan mana yang best.
Januari di Kazakhstan biasanya sejuk dan bersalji, dengan suhu biasanya antara -10 hingga -20 darjah Celsius. Hari-hari adalah pendek, biasanya dengan hanya 5-6 jam siang hari.
Krismas Ortodoks disambut di Kazakhstan pada 7 Januari tau. Kalau anda datang sini bolehlah nikmati hidangan perayaan dan perhimpunan bersama keluarga dan rakan-rakan anda! Sekali sekali lihat perayaan di negara orang menarik jugak kan?
April di Kazakhstan umumnya sederhana, dengan suhu antara 5 hingga 15 darjah Celsius. Hari-hari biasanya cerah, dengan hujan turun sekali-sekala.
Anda juga boleh lihat aktiviti Marathon Eurasia tahunan yang diadakan pada bulan April di Almaty, Kazakhstan. Marathon adalah cara yang bagus untuk mengalami keindahan negara, kerana laluan itu melintasi bandar dan pergunungan sekitarnya.
Oktober di Kazakhstan biasanya sejuk dan kering, dengan suhu antara 10-15°C (50-59°F). Hari-hari biasanya cerah dan menyenangkan, menjadikannya masa yang sesuai untuk anda menerokai kawasan luar.
Antara Tarikan Menarik
Apa yang best lagi datang sini gais? Meh sini kami beritahu.
Big Almaty Lake terkenal disebabkan keindahan kawasan persekitarannya yang dikelilingi oleh gunung-ganang serta kehijauan air tasik itu sendiri dan ianya terletak 28.5km di selatan Almaty.
Zenkov Cathedral ialah salah satu tempat wajib dikunjungi di Almaty kerana seni binanya yang agak unik! Cathedral ini dibina sepenuhnya daripada kayu dan ia juga termasuk dalam senarai 8 bangunan tertinggi di dunia.
Kalau anda teringin nak merasai keindahan salji atau bermain ski, anda boleh pergi ke Medeu Ice Skating. Di sini adalah arena ski yang ada di pergunungan dan diklaim sebagai yang tertinggi di dunia. Sejuk weh!
Green Bazaar atau lebih dikenali Zelionyj Baazar, antara salah satu highlight paling menarik di Almaty. Buat anda yang suka suasana orang tempatan dan benda-benda unik, sini la tempat yang boleh anda datang!
Anda jangan miss out untuk ke Kok-Tobe Hill yang merupakan spot ideal untuk menikmati pemandangan panorama bandar Almaty dari pelbagai sudut.
Makanan Pun Sedap-sedap!
Bukan tu jer, makanan pun sedap-sedap! Anda boleh nikmati pelbagai keunikan makanan dengan cita rasa autentik. Ada Beshbarmak, Baursak, Kazy, Kuyrdak dan macam-macam lagi. Semuanya ada keistimewaannya tersendiri! So marvelous!?
Jangan risau bab halal ni kerana 72% populasi disini semuanya Muslim. So mudah sangat kalau anda nak dapatkan makanan yang halal! Antara restoran halal disini adalah Tyubeteika, Bosphorus Restaurant, Alasha, Navat, Ozyurt, Cicek Mangal dan banyak lagi!
Bagi anda yang suka melakukan aktiviti pula, anda boleh cuba Paragliding, Rock climbing, Skydiving, Ice skating & banyak lagi. Nak tahu gempak ke tak, kena lah datang sini.
AirAsia Buat Jualan Kilat Ke Almaty, Jimat Habis!
Paling power, AirAsia ada menyediakan laluan direct baharu AirAsia X dari Kuala Lumpur tau. Memang mudah sangat lah nak terbang direct ke sana terus. Jimat masa dan tenaga!
Tambang AirAsia pun tengah ada promo sekarang weh! Tahu-tahu jer diorang yer.
Anda boleh tempah tiket bermula SEKARANG hingga 28 Januari 2024! Tambang bermula dari RM599 jer. Bapak murah! Lepastu kalau anda ada tambahan bagasi, ianya percuma untuk 20KG tau. Wow betul berbaloi yer. Tempoh pernerbangan pula bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024!
*T&S: Sah untuk penerbangan terpilih (Almaty) hanya semasa tempahan awal atas dasar siapa cepat dia dapat!
Jadi jom tempah penerbangan AirAsia terus dari Kuala Lumpur ke Almaty! Senang naik satu flight jer. AirAsia terbang ke Almaty 4x setiap minggu tau. Klik LINK ini!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source