Difitnah Guna Coklat Murah, ‘Owner’ Suka Dessert Jawab Tuduhan – “Saya Akan Tunjuk Invoice, Tengok Harga Berapa”
Pemilik perusahaan bakeri terkenal Suka Dessert, Auntie Ja tampil menjawa tuduhan seorang individu yang mendakwa pihak mereka menipu dengan menggunakan coklat murah dan bukannya coklat premium seperti yang disangka sebelum ini.
Penjelasan Auntie Ja atau nama sebenarnya Siti Hajar Mohd Razali itu dimuat naik di Instagram bagi tujuan membersihkan nama perniagaannya dari sebarang fitnah.
Bersihkan nama Suka Dessert
Saya bukan nak jawab sebab saya tidak boleh terima kritikan. Saya anggap ia sebagai satu fitnah terhadap Suka Dessert.
Coklat digunakan berkualiti tinggi
Jelasnya, semua manisan seperti kek dan kuih muih menggunakan coklat berkualiti tinggi malah mendakwa turut mempunyai bukti pembelian barangan untuk stok seminggu.
Pertama sekali, Suka Dessert tidak pernah menipu, atau campur bahan dengan coklat lain dengan coklat yang kami iklankan.
Kalau tak percaya, saya akan tunjuk invoice penggunaan Suka Dessert dalam seminggu lebih. Tengok harga berapa.
Auntie Ja dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan itu yang menulis bahawa dia takut ‘kritikan’ tersebut bakal dikecam hebat oleh netizen.
Dekat tweet, dia beritahu yang dia takut up tweet ni. Takut kena attack. Tapi saya nak tanya, tak takut ke naikkan hantaran macam ni tapi dapat dosa besar sebab fitnah?
Terdahulu, seorang pengguna aplikasi X mendakwa manisan yang dibelinya di Suka Dessert seperti menggunakan coklat berkualiti rendah dan bukannya bahan premium seperti yagn digembar gemburkan sebelum ini.
Individu itu juga menyoal orang ramai yang membeli di Suka Dessert memandangkan rasanya hanya biasa-biasa sahaja menurutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source