Hamil Anak Kedua, Intan Ladyana Alahan Teruk
Pelakon Intan Ladyana berkata dia mengalami alahan teruk ketika kehamilan anak kedua serta berkongsikan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.
Memetik Harian Metro, Intan berkata kehamilan keduanya kali ini agak memenatkan ditambah alahan teruk berbandin yang pertama.
BACA: Nampak Baby Bump, Intan Ladyana Hamil Anak Kedua?
“Usia kandungan saya sudah memasuki enam bulan. Bagi saya yang hamil anak kedua ini lebih memenatkan sedikit kerana perlu menjaga anak pertama sekali,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata dia sudah pun mengetahui jantina anak keduanya itu namun akan mengumumkan di media sosial apabila tiba masanya nanti.
“Dan untuk jantina pula, saya telah pun mengetahuinya tetapi saya berhasrat untuk menyimpannya sebagai rahsia buat masa ini. Tunggu pengumuman saya melalui platform media sosial (Instagram) apabila tiba masanya nanti, katanya.
Dalam pada itu, Intan berkata anak sulungnya kini lebih manja serta mahukan lebih perhatian.
“Kepenatan saya kini menjadi berganda kerana sewaktu kali pertama dulu jika saya penat boleh terus tidur dan berehat. Sekarang pula, saya perlu tunggu Eviee tidur dulu baru boleh berehat,” katanya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Harris Alif pada 5 Februari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Eviee Khadeeja kini berusia 2 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source