“Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Noh”
Ibu kandung Musa yang ingin dikenali sebagai Athira membuat tiga tuntutan terhadap penyanyi Noh Saleh susulan kenyataan dikeluarkannya baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, tiga tuntutan tersebut iaitu menarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam gambar anaknya.
BACA: Noh Salleh Dah Serah Musa Kepada Mizz Nina
Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Melodi Noh mendakwa ibu kandung kepada anak angkatnya itu memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.
Bagaimanapun, Athira mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh serta meluahkan rasa kecewa apabila dirinya digunakan untuk kepentingan penyanyi itu.
“Saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).
“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.
“Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” katanya.
Dalam pada itu, tindakan Noh itu juga dianggap melanggar perjanjian yang sudah dibuat antara mereka. Jika Noh gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, dia akan mengambil tindakan undang-undang.
“Dalam kes ni apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.
“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa dan saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source