Anak Diana, Farid Tumbuk Muka Kawan Lepas Kena Maki
Perkongsian pelakon Diana Danielle menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan anak sulungnya, Muhammad menumbuk muka seorang rakan.
Menerusi perkongsian di X, Diana berkata kawan anaknya itu mengeluarkan perkara tidak baik kepada Muhammad kerana anaknya tidak membenarkan kawannya itu untuk datang ke rumah.
BACA: Diana Danielle Dedah Belum Daftar Pengesahan Rujuk Di Mahkamah
“Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini. Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang tetapi anak saya tidak mahu dia datang ke rumah kami.
“Dah la nak paksa paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah,” tulisnya.
Isteri kepada Farid Kamil itu tidak menyokong tindakan anaknya itu namun menganggap ianya tindakan yang betul untuk mengajar rakan anaknya itu tentang adab.
Dalam pada itu, Diana juga memberitahu dia tidak lagi membenarkan Muhammad untuk berkawan dengan rakannya itu. Bagaimanapun, perkongsian itu telah pun dipadam oleh Diana.
Perkongsian Diana itu mendapat pelagai reaksi daripada netizen dimana rata-ratanya menyokong tindakan Muhammad untuk memberi pengajaran.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source