KK Super Mart santuni 1500 warga emas, gelandangan
KUALA LUMPUR – Pengendali kedai rangkaian serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) menyertai Karnival Kebajikan Bukit Bintang untuk meraikan lebih 1,500 orang warga kota sempena Tahun Baharu Cina.
Karnival yang diadakan untuk menyantuni warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan gelandangan dan orang kelainan upaya (OKU) itu sudah tidak asing lagi dalam kalangan warga kota, terutamanya yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, karnival yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang dengan kerjasama Malaysia Chinese Assembly Hall (MCAH) itu, telah diadakan setiap tahun sejak 2006.
“Bagaimanapun, kami tidak menjalankan karnival ini pada tahun 2021 dan tahun 2022 kerana negara masih lagi dibelenggu pandemik Covid-19 pada ketika itu.
“Sepanjang karnival, pelbagai acara menarik dipersembahkan. Paling dinantikan ialah pengagihan angpau dan beg yang dipenuhi dengan makanan dan minuman kepada 1,500 individu yang berdaftar dan layak,” katanya ketika berucap pada Karnival Kebajikan Bukit Bintang di pekarangan kedai serbaneka KK Super Mart, Bukit Bintang, di sini hari ini.
KK Chai yang juga Presiden MCAH berkata, beliau berasa tersentuh hati dengan sambutan masyarakat sekitar yang sangat menggalakkan.
“Saya terharu dengan apa yang boleh dilihat pada malam ini, kegembiraan terpancar jelas pada wajah penerima dan semua yang hadir,” katanya.
Menurut KK Chai, hampir 250 sukarelawan terlibat dalam menjayakan karnival pada malam tersebut, antaranya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alam Flora dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan Karnival Kebajikan Bukit Bintang pada malam ini.
“Melalui karnival ini saya dapat lihat semangat perpaduan berbilang bangsa yang juga sinonim dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.
“Besar harapan saya agar karnival kebajikan ini diteruskan setiap tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source