Karnival Kebajikan Bukit Bintang beri manfaat 1,500 penerima
KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan ternama peruncitan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK SUPER MART) menganjurkan Karnival Kebajikan Bukit Bintang yang ke-17 untuk memberikan manfaat kepada 1,500 penerima sempena Tahun Baharu Cina.
Penerima sumbangan ini terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan gelandangan dan orang kurang upaya (OKU) yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Pengerusi Eksekutif merangkap pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai berkata, karnival kebajikan ini dianjurkan setiap tahun sejak tahun 2006.
“Hanya pada tahun 2021 dan 2022 sahaja tiada sebarang aktiviti kebajikan sebagai langkah keselamatan ketika negara dilanda Covid-19.
“Karnival ini yang paling menarik ialah pengagihan angpau dan beg yang berisi penuh dengan makanan dan minuman kepada individu berdaftar dan layak,” katanya ketika ditemui di KK Supermart di sini hari ini.
Chai merangkap Presiden Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH) berkata, karnival kebajikan ini memainkan peranan penting sebagai pertubuhan kebajikan dengan membantu golongan yang memerlukan untuk menikmati dan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
“Saya gembira dan terharu dengan apa yang dilihat pada malam ini. Kita boleh lihat kegembiraan di wajah penerima dan semua yang hadir,” katanya.
Karnival ini direalisasikan dengan kerjasama hampir 250 orang sukarelawan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alam Flora dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
“Terima kasih kepada 250 sukarelawan dalam kalangan kakitangan KK SUPER MART dan persatuan yang bersatu hati dalam menjayakan karnival kebajikan pada malam ini.
“Harapan saya agar karnival kebajikan ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan syarikat lain juga dialu-alukan untuk turut bekerjasama,” kata beliau. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source