Segerakan gaji minimum penjawat awam
KUALA NERUS: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperkenalkan segera kadar gaji minimum yang lebih baik kepada penjawat awam.
Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, langkah itu untuk memastikan penjawat awam bagi perjawatan akan datang mampu bertahan dengan keputusan pemansuhan pencen yang diumum kerajaan.
Menurutnya, hasrat untuk memansuhkan skim saraan tidak akan menjadi masalah jika kerajaan turut memperkenalkan kadar gaji minimum yang lebih baik untuk dinikmati penjawat awam.
Beliau berkata, pihaknya berpendapat adalah tidak adil kakitangan awam dianggap sebagai beban negara sedangkan golongan itu hanya hidup ala kadar dengan gaji sedia ada tatkala isu kos sara hidup meningkat naik. – UTUSAN
“Dengan gaji yang kecil kami tidak mampu menyediakan lebih kemudahan kepada tanggungan dari segi perumahan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan atau belanja harian.
“Sebab itu kami tolak apabila kerajaan mahu mansuhkan skim saraan, isunya kenapa mansuh ketika kadar gaji penjawat awam masih rendah dan tidak mampu senangkan keluarga sebelum bersara.
“Jadi, mohon kerajaan percepatkan kenaikan gaji, jika tunggu (kajian) Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mungkin akan bentang untuk Bajet 2025, lambat lagi untuk kami rasai kenaikan itu.
“Kita dah beritahu kepada kerajaan agar segerakan kenaikan gaji dan tidak boleh tangguh sehingga kajian SSPA siap namun lain yang diminta lain pula yang diumum,” katanya.
Adnan berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Solidariti CUEPACS Zon Timur di sini, malam tadi. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source