Aktiviti alternatif pupuk kreativiti, pemikiran kritis
SAUDARA PENGARANG,
Walaupun teknologi banyak membantu dalam pekerjaan, pendidikan mahu pun sosial tetapi ia juga membawa kemudaratan dari segi rohani dan jasmani bagi kanak-kanak yang tidak dikawal penggunaan gajet.
Penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak -kanak menimbulkan kesan negatif terhadap kesihatan fizikal. Mereka yang terdedah kepada skrin dalam jangka waktu yang lama boleh menyebabkan kanser, lambat bercakap dan merosakkan mata.
Bahkan, penggunaan gajet yang terlalu lama juga boleh mengganggu pola tidur, seterusnya menjejaskan kebolehan kognitif, mood dan kesejahteraan mental secara keseluruhan. Selain itu, pendedahan yang berterusan kepada dunia maya boleh menyumbang kepada perasaan cemas, kemurungan dan pengasingan sosial.
Oleh itu, ibu bapa dan penjaga perlu menetapkan had penggunaan gajet dan menggalakkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal seperti mengalakkan mereka melakukan aktiviti di luar rumah dan senaman bagi mengimbangi kesan negatif penggunaan gajet yang berlebihan.
Untuk mencapai keseimbangan antara penggunaan teknologi dan aspek lain dalam perkembangan kanak- kanak, adalah penting untuk menggalakkan aktiviti alternatif yang tidak melibatkan gajet seperti membaca, seni, muzik dan permainan luar. Aktiviti ini juga menggalakkan kreativiti, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Melalui penetapan peraturan dan sempadan yang jelas mengenai masa skrin, seperti zon bebas alat yang ditetapkan dan had masa harian, boleh membantu kanak-kanak membina hubungan yang sihat. Komunikasi terbuka dan perbincangan tentang faedah dan risiko penggunaan gajet juga boleh membantu kanak-kanak memahami kepentingan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab.
UMMUL TASNEEM LAN HAWARI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source