Junta Myanmar hantar pegawai kanan ke Perhimpunan Menteri
LUANG PRABANG: Junta Myanmar menghantar pegawai kanannya ke Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Laos hari ini.
Ini merupakan kali pertama negara terpencil secara diplomatik berkenaan menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi blok serantau itu dalam tempoh lebih dua tahun.
Myanmar dikatakan dilanda episod keganasan sejak rampasan kuasa tentera berlaku pada 2021 dengan menggulingkan kerajaan awam, Aung San Suu Kyi.
ASEAN sebelum ini menghalang pemimpin junta daripada meghadiri sidang kemuncak serta mesyuarat menteri sejak Oktober 2021 dan jeneral menolak jemputan untuk menghantar wakil bukan politik.
Tetapi pada hari ini, Birokrat Kanan Kementerian Luar Negeri, Marlar Than Htike menghadiri sesi pertemuan di Luang Prabang.
Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith mengalu-alukan kehadiran Myanmar selepas dua tahun dan beliau mengharapkan kemajuan di negara berkenaan.
“Kali ini kami berasa sedikit optimis bahawa pertemuan itu mungkin berjaya, walaupun kami terpaksa mengakui isu yang berlaku di Myanmar tidak akan selesai dalam sekelip mata,”
“Kami yakin bahawa lebih banyak kami melibatkan Myanmar, lebih banyak pemahaman … tentang situasi sebenar yang berlaku di Myanmar,” katanya.
Sebanyak 10 anggota ASEAN memimpin usaha diplomatik untuk meredakan krisis di Myanmar, tetapi tidak banyak perubahan berlaku dengan lebih 4,400 orang terbunuh dan hampir 20,000 dalam tahanan dalam tindakan keras tentera menurut kumpulan pemantau tempatan.-AFP
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source