Isu Larang Bawa Kanak-Kanak, Fara Mendoza Backup Butik Viral
Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin kesal apabila pemilik butik menyewa pakaian tidak membenarkan mereka masuk untuk membawa kanak-kanak.
Menurut Syida, dia tiada niat untuk jatuhkan bisnes butik tersebut namun peraturan ditetapkan disifatkan tidak masuk akal dan ketika itu anaknya sedang tidur.
BACA: Syida, Syafiqa Melvin Bengang Pemilik Butik Tak Benar Bawa Masuk Anak
Perkara itu turut mendapat perhatian pempengaruh media sosial Fara Mendoza yang tampil mempertahankan tindakan butik berkenaan.
Menurut Fara, dia sudah lima tahun menyewa pakaian di butik tersebut dan menerima layanan dengan baik. Katanya, sebagai pelanggan mereka perlu hormat pada peraturan yang ditetapkan oleh butik.
Fara turut mendedahkan dia pernah berdepan insiden dimana ada situasi apabila kanak-kanak tidak terkawal serta menganggu pelanggan lain.
“Kadang-kadang anak-anak main tarik -tarik baju. Mak bapak buat bodoh je. Kadang-kadang aku tengah bogel anak-anak main bukak je. Tak ke aku terkejut beruk.
“Memang perlu rules macam ni sebab orang nak pilih baju bagai. Sesak tahu tak bila ada anak-anak kadang-kadang tak boleh kawal.
“Cerita dia apa pun rules kedai kau kena ikut. Tak kisahlah kau nak bawak sales 1 juta pun dah memang rules kena ikut. Tak perlu pertikaikan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source