Tunang Diganggu & Terima Foto Lucah, Joy Fevfa Takut Tersalah Pilih Suami
Usahawan kosmetik, Joy Revfa meluahkan rasa kesal apabila tunangnya dikenali sebagai Dr Adrian Yeah menerima gangguan dan kiriman foto lucah di media sosial.
Memetik mStar Online, Joy berkata bekas kekasih kepada tunangnya turut menganggu hubungan mereka sehingga membuatkan dia mula meragui kesetiaan Adrian.
BACA: Bertunang Dengan Doktor Kacak, Joy Revfa Risau Ramai Wanita Nak Goda
“Memang kerap, saya pun tak pasti sama ada sama ada tunang saya melayan di belakang saya atau tidak…mungkin ia benar-benar gangguan.
“Kadang kala stres sebab saya nak fokus perniagaan dan keluarga tapi kalau ada gangguan macam ni sedikit sebanyak boleh menimbulkan salah faham,” katanya.
Dalam pada itu, Joy mengaku dia hampir menyerah kerana dugaan dalam perhubungan mereka serta takut jika tunangnya itu hanya berpura-pura cintakannya.
“Dia akan sekat mana-mana perempuan yang menganggu dia cuma saya harap sangat dia tak berpura-pura setia tapi di belakang hanya Allah saja yang tahu.
“Banyak kali nak mengalah sebenarnya tapi bila fikir balik saya yang kenalkan dia pada Islam. Takut kalau saya tinggalkan dia, dia takkan jadi mualaf yang baik.
“Saya harap sangat kali ini tak tersalah pilih lagi. Paling takut kalau dijodohkan dengan lelaki kaki perempuan,” katanya.
Tambah Joy lagi, dia dan tunangnya bakal disatukan tidak lama lagi pada April ini namun merahsiakan tarikh hari bahagianya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source