“Kami Tak Tangguh Untuk Dapat Anak, Belum Ada Rezeki”
Penyanyi dan aktivitis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi berkata dia reda dengan ketentuan Allah apabila masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Heliza berkata dia tidak menangguhkan hasrat untuk mendapatkan zuriat namun belum ada rezeki buat dia dan suami, Datuk Seri Mahadi.
BACA: “Saya Takkan Saman Fathia Latiff” – Heliza Helmi
“Kami tidak tangguh untuk dapat anak sebaliknya belum ada rezeki lagi. Belum ada rezeki untuk dapat anak. Doa-doakanlah. Allah SWT tahu apa yang terbaik.
“Saya ada tanya soal anak kepada ustaz di Makkah, kita hendaklah minta doa supaya dapat anak yang Allah reda.
“Jadi bila kita belum dapat anak, kita akan reda kerana Allah belum beri dan hati kita juga menjadi lapang dan tenang bila kita faham dengan konsep itu,” katanya.
Ditanya mengenai anak angkat, Heliza berkata dia dan suami belum ada perancangan ke arah itu lagi. Katanya, dia dan suami tidak rasa sunyi kerana mempunyai beberapa ekor kucing.
“Saya memang suka dengan kanak-kanak tapi belum ada perancangan untuk ambil anak angkat lagi.
“Alhamdulillah, hidup saya dan suami tidak pernah sunyi kerana kini kami sudah ada beberapa kucing yang tidur pun dengan kami,” katanya.
Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source