Penghidap kanser bakal meningkat dua kali ganda menjelang 2040
KUALA LUMPUR – Pakar meramalkan penghidap kanser di Malaysia bakal meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2040.
Statistik menunjukan, terdapat kira-kira 48,639 penghidap kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan pada tahun 2020.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kanser hati adalah salah satu daripada lima kanser paling lazim di Malaysia selain kanser payudara, kolorektal, paru-paru dan hidung.
Dzulkefly berkata, kanser hati mempunyai prognosis paling teruk kerana ia sering didiagnosis pada peringkat lewat setelah gejala-gejalanya muncul.
“Tidak dinafikan, (kes) kanser semakin meningkat. Saya percaya bahawa, sebagai sebuah komuniti, kita harus mempelajari apa itu kanser dan yang paling penting untuk menghapuskan ‘pantang larang’ di sebalik perkataan ‘kanser’.
“Saya pasti ramai yang tahu ada pesakit kanser yang dapat menjalank kehidupan yang normal walaupun selepas mendapat diagnosis,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kanser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di Komune Living and Wellness, Bandar Tun Razak, di sini hari ini.
Menurutnya, Hepatits B merupakan penyebab paling lazim untuk kanser hati primer di seluruh dunia dan Malaysia menyumbang 44 peratus daripadanya.
“Obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit hati berlemak atau disebut Metabolic Dysfunction Associated Fatty Liver Disease (MAFLD) dengan cepat menjadi punca utama kanser hati,” katanya.
Menurut Dzulkefly, kanser ini boleh dicegah sama ada melalui imunisasi Hepatitis B atau rawatan awal penyakit hati yang dikesan.
“Oleh itu, penting untuk kita lakukan saringan melalui program-program yang dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya dapat hindar kanser ini dari peringkat awal,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source