Marissa Dania, Aslam Nikah Senyap-Senyap?
Tiada angin tiada ribut, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Memetik Harian Metro, sumber memberitahu Marissa dan Aslam berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama lelaki itu dan keluarga Marissa.
BACA: Bekas Suami Nekad Nak Berubah, Mengaku Lemah Bila Marissa Datang Kejar Balik
Sebelum ini tular apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya sehingga bercerai namun pasangan itu rujuk semula dalam tempoh edah.
“Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan,” kata sumber itu.
Sumber berkata lagi, kedua mereka kembali menjalin hubungan selepas kontroversi reda dan Aslam mengambil keputusan rujuk semula dengan isterinya.
Terdahulu, isteri Aslam iaitu Misya mendakwa anak kepada kedua pelakon itu menjadi punca rumah tangga musnah. Malah, turut dikongsikan bukti resit tempahan hotel pada Jun lalu dibawah nama e-mel Marissa Dania Hakim.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source